49 - Lalut
December 21st, 2007 by matrix01Bila saya lihat Adam Fansuri… Saya renung dalam-dalam… Saya Insaf… Saya Sedar… Sesungguhnya benarlah kekacakan itu dapat diwarisi… hehehe!!!
Bila saya lihat Adam Fansuri… Saya renung dalam-dalam… Saya Insaf… Saya Sedar… Sesungguhnya benarlah kekacakan itu dapat diwarisi… hehehe!!!
Berjayanya seseorang pelajar itu bila dia telah mencapai taraf profesor… Graduate nya seorang ahli pembangkang itu bila dia dijemput masuk ke dalam ISA…
Yang gemar berpesan pada saya dengan seribu macam pesanan… pesanan-pesanan Yang tidak terhad kepada saya sahaja malah terhadap adik beradik yang lain kecuali kepada Nyah abang saya yang sulung dan Ana adik perempuan saya yang bongsu… Ini adalah kerna mereka tergolong dalam golongan dewa-dewa yakni haram ditegur…
Ketika saya masih seorang pelajar dahulu Yang berpesan ‘ belajar tu serupa macam kamu bekerja… bagaimana kamu bekerja bersungguh-sungguh maka begitu jugalah kamu belajar’… mungkin disebabkan jiwa remaja yang memberontak dan gila-gila pada masa itu maka kata-katanya itu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan… jadilah saya seorang pelajar yang kurang popular dari segi prestasi akademiknya… ntah apa keajaiban yang berlaku saya grad jua akhirnya di UiTM pada tahun 2003…
Tapi pesanannya itu tak pernah kunjung padam… mungkin atas faktor usia yang semakin kacak maka pesanan itu akhirnya meresap jua ke dalam jiwa saya… kini saya masih lagi seorang yang gila-gila (tanyakan pada Hajar Saripah di pejabat saya dan anda akan faham)… tapi saya sangat mengambil serius akan kerja saya… profesionalisme adalah satu keagungan yang saya sanjungi…
Atas dasar itu bila rakan saya yang lagi satu yang telah masuk ke puak haluan lain beria-ria mahu menutup akaun akhir bagi projek yang diamanahkan kepada saya with all cost maka saya amat tidak bersetuju…
Ya! sememangnya boleh jika saya mahu menutup akaun projek itu dalam satu minggu… akan tetapi disebabkan saya ini berjiwa patriotik lagi berhati malaya maka saya merasakan bersetuju sahaja atas apa yang diminta oleh puak haluan kiri amatlah menghina intelek… apa perlu ada perunding jika permintaan puak haluan kiri diterima bulat-bulat…
Memang benar… jika akaun ini ditutup dengan menembusi kontrak sekalipun saya tidak akan apa-apa… bukan saya yang menjadi tulang belakang projek ini ketika saat permulaannya… saya sekadar penyambung kembali usaha-usaha umat terdahulu… jika majikan saya perlu membayar kerugian RM 2.9juta hasil cacatnya kontrak dari seawalnya lagi, apa kena mengenanya dengan saya?? apa perlu dengan beberapa sen gaji saya berhempas pulas???
Jawapannya ada pada pesan Yang… Perkara paling utama yang kamu perlu ingat ketika bekerja….
KEJUJURAN….
Di atas adalah lukisan saya yang dilukis pada waktu lapang… Halangan masa tidak begitu membenarkan saya untuk banyak melukis… Dalam beberapa ketika, ada idea-idea yang datang bagi melakarkan sesuatu… biasanya idea-idea itu disimpan hingga tiba waktu yang sesuai untuk dicurahkan ke kanvas… untuk mengatakan saya seorang yang mahir atau berbakat adalah suatu yang mana mungkin… lukisan hanya luahan perasaan dan kini lukisan yang bernama Kembara Fansuri ini kini tergantung di ruang tamu sebagai hiasan mata memandang dan juga fikiran yang ingin menafsir…
i.
Dewasa ini begitu ramai saya ketemu dengan muslim-muslim yang tidak ambil pusing dari mana punca rezeki yang dimakan mereka tiap hari…tidak mengambil tahu tersebut bermakna mereka secara kamikaze akan melakukan apa saja cara demi wang…
Kadang-kala yang lebih malang bila mereka sebenarnya berhempas pulas menipu di sebelah sana dan sebelah sini demi makan gaji dengan syarikat kesayangan mereka yang dimiliki oleh Yap Kah Weng… Yap Kah Weng takkan disoal di akhirat besok… kamu pula pasti dijatuhkan hukuman mandatori… takut pula nanti kamu terpaksa memikul tiap sen duit rakyat yang kamu songlap demi tuan kamu itu…
Kembali semula kepada fitrah yang telah ditetapkan… ketika itu takkan ada orang yang dianggap miskin kerana tidak ada siaran tv berbayar di rumahnya.
Jika kamu masih ingin kaya cepat dengan cara haram… saya punya tip untuk kamu… ternak sahaja babi… dengar ceritanya makanan lebihan penuntut kolej perindu uitm dihantar pada penternak babi untuk diberi makan… nah! senang bukan… cukup bulan kamu sembelih saja… opsss… babi tidak perlu disembelih bagi menjadikannya halal….
ii.
"Semua pihak menyalahkan kementerian dan saya jika harga tol nayek… saya tidak boleh berbuat apa jika harga mahu naik… itu konsesi suda cakap… jangan kutuk saya dan keluarga saya jika tol nayek… saya kemaluan besar… di mana harus saya mengadu???"
iii.
Saya terdengar khabar bahawa kerajaan memerintah telah melakukan banyak perobohan rumah-rumah ibadat… ini telah mendatang kemarahan kepada menteri yang berkemaluan besar di mana rumah ibadatnya juga telah dirobohkan… menteri yang berkemaluan besar itu telah sendiri melawat tempat berkenaan dan memerintahkan agar dibina rumah ibadat yang baru bagi penduduk tersebut dan meneriakkan di kabinet agar tidak merobohkan lagi rumah ibadat kaumnya…
Menteri yang mencium keris tak komen apa-apa bila rumah ibadat bulan dan bintangnya dirobohkan di sana sini dan ini menjadikan saya yang melayu sangat malu dengan menteri berkemaluan besar tersebut…
Dalam beberapa bahagian, babi dan rumah ibadat menteri berkemaluan besar tersebut lebih bernasib baik baik kerana boleh dipindah-randahkan…
Satu tradisi rakyat tanah melayu bagi menyambut kegembiraan berhari raya dengan cara bersedih… biasanya pada malam-malam sebelum hari raya kita akan disogokkan dengan pelbagai drama-drama linangan air mata versi hari raya… dengarkan juga bait-bait lagu yang berkumandang mengenai kisah laki tak balik raya, anak yang jauh di perantauan dan orang miskin yang tak mampu nak berbaju raya… semuanya bertemakan kesedihan… aneh, kita bersedih untuk gembira…
Demi menyambung tradisi itu maka saya juga ingin berkongsi satu cerita sedih…
Pada Ahad lepas saya telah berkunjung ke pusara mak saya yang telah lama meninggalkan saya… tahun 1994 merupakan tahun yang tidak akan luput dari ingatan bila arwah mak pergi buat selamanya… masih boleh saya ingat kata-kata dan senyum mesranya… tidak pernah luput perasaan kasih sayangnya pada saya sewaktu saya kecil… sehingga kini masih saya merasakan kasih sayangnya itu… hingga waktu ini juga saya masih merasakan doanya yang sentiasa bersama saya…
Saya amat merinduinya… ingatan saya pasti terlayang padanya di hari konvokesyen, di waktu perkahwinan saya dan ketika saya menimang cahayamata yang pertama… Dengan adanya cahayamata saya makin mengerti akan kasih sayangnya itu… sebuah lautan tidak bertepi…
Ahhh… Sekarang saya boleh berhari raya dengan gembira kerana saya telah bersedih dengan mengingati peristiwa hitam tersebut.
Sempena hari raya ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kepada semua yang mengenali saya samada jauh atau dekat… Seperti biasa jika anda ingin mengucapkan salam hari raya, sila gunakan khidmat pos.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin…
Saya sentiasa percaya pepatah yang mengatakan jalan ke neraka itu sesungguhnya dipenuhi dengan niat-niat yang baik…
Hari ini saya menerima sepucuk mesej dari rakan lama yang sudah lama tidak ketemu… sebelum ini juga selalu saya menerima mesej-mesej sebegitu dari rakan-rakan yang lain… mesej itu berbunyi begini…
"""hii,,,,,,beri hati ini kepada 15 org kwn…….
termasuk saye..—- jika andaa mengambil berat
n jika anda mendapat 10 terima balas,
anda akan menerima khabar berita yang baik….!!!!
lihat berapa bnyak hati anda dpt!
All d best……..
………………..
……..
……….
……..
….
….
….
……….
…………..
………………
………………….
tlong lakukan yer…
KAWAN PALSU : AKAN MENGABAIKAN INI
KAWAN SEBENAR: AKAN MENGHANTAR KEMBALI KEPADA ANDA.
Seberapa banyak rakan anda yang berjaya dikumpul di frenster list anda tidak bermakna anda seorang yang popular di dunia nyata… sikitnya frenster list anda tidak membawa maksud anda miskin kawan… yang nyata kawan yang sebenar juga bukanlah yang terdiri dari jenis yang menyalin tampal notis yang entah dari mana dan memajukan pula pada kawan yang lain dengan cuma menekan butang ‘forward’…
menerima balas 10 mesej kembali dan mendapat nasib yang baik pastinya syirik… kerna pasti emel@mesej2 tidak dicipta bagi memberi nasib baik pada orang… cuma tuhan mampu begitu…
andai kata mesej-mesej itu mampu berbuat begitu… kirimkan pada saya 50 mesej sewaktu dengannya pada saya… saya memang berkira-kira hendak menjadi jutawan selewat-lewatnya akhir ramadhan ini….
ohhh… sebelum terlupa… Selamat berpuasa….
Nota: entri ini ditulis menggunakan satu jari sahaja kerana Adam mahu saya mendukungnya sentiasa…
Di satu malam… Di satu forum…
Memaksa fahaman kita pada sesuatu disiplin itu kepada org lain bukanlah satu tindakan yang bijak… perkara ilmu adalah sesuatu yang boleh kita explore dan kembangkan mengikut cabang fikiran masing-masing kerana ilmu itu bukan lubang jamban… tapi bukan boleh kita langgar sahaja… perlu ada satu pegangan yang kita pegang dan jika ada teguran yang baik sila fikirkan bersama…
Sejak charles darwin mula merepek pasal teori revolusi selepas itu lahir pula puak darwinis yang menyambung kajian monyet itu… adakah saya perlu tukulkan pada fikiran saya bahawa setiap benda yang manusia lakukan kajian itu saya harus setuju???
Tidak perlu mengatakan bahawa kita semua berforum di sini tanpa perasaan bangga diri jika diri mendabik dada pernah menjadi ‘pemain dram’ kepada permaisuri lebah… sambil sebelum itu mengatakan kalau bukan sebab sipolan bin sipolan aku takkan jejak kaki ke sini walau dipujuk… aduh… kalau bukan bangga diri apa yang boleh saya namakan tindakan itu…
Berteriak bahawa kita sudah berdebat dengan banyak jaguh tapi menyepi diri hanya kerana dua tiga post yang dihantar oleh budak tak pandai tidak mencerminkan apa yang kita warwarkan itu…
Akibat dari tindakan tidak boleh ditegur dan "mula-mula kata kita boleh berforum secara sihat tapi kemudian akulah yang betul semua" yang menyebabkan orang yang punya pandangan dari sudut berbeza merasakan biarlah aku bawa apa yang aku tahu ke lubang kubur…
Saya juga akan menyokong En Yongku sebagai forumer yang baik dan bersifat terbuka kalau dia sentiasa bersetuju dengan apa yang saya kata… tapi secara peribadi saya merasakan forumer yang baik adalah yang boleh mencari baik buruknya pendapat forumer yang lain dan mencadangkan ideanya bagi membaiki lagi satu perbincangan itu… kalau cuma nak tahu pendapat bersetuju sahaja baik saya tutup internet dan buka akhbar baca Utusan Malaysia ruangan politik…
Saya gemar membaca tulisan En. Rainbowstar dan Sinful… pandangan mereka mmg sungguh berbeza… saya turut mendapat ilmu dan saya tapis juga apa yang saya baca dengan cetek ilmu yang saya ada… saya berharap teman yang lain juga begitu… cuma saya harapkan supaya jgn lah ada dialog "AKU BUKAN NAK CAKAP BESAR LA KAN… TAPI MMG NAK CAKAP BESAR PON…" tak lalu saya nak buka thread ini di lain kali…
Akhir kata… saya ada projek RM500mil di Precint 5, Putrajaya yang perlu saya kerjakan (hahaha… terbelagak la pulak)..errr… serious!!! saya mmg tak boleh lama… saya petik kata-kata guru saya ketika kami membincangkan tajuk WUJUD… katanya ahli feqah dan ahli tarekat tak akan berfikiran sama kerana lain disiplinnya… org fekah takkan faham apa yang org tarekat rasakan… ibarat bertanya tentang durian pada org yang bau durian dan org yg makan durian… orang yang bau sahaja akan katakan durian itu berbau busuk… durinya tajam… tapi kalau ditanya org yang makan durian akan dikatanya… ISI DURIAN LA SEDAP!!! tak ada yang salah kedua-duanya betul…
Ohhh!!! sebelum saya terlupa… saya juga turut terlibat sebagai konsultan dalam pembinaan KLIA… En. Rainbowstar kenal PNFL ke?
Mengundi kerana kemajuan, kemodenan, kontrak, subsidi, bangunan pencakar awan, gaji naik, peruntukan, tajaan, kroni, kekayaan, kemewahan, ekonomi, pengangguran, kemiskinan, kesenangan, keriangan, hiburan, keseronokan dan melupakan soal moral dan akhlak.
Apa bezanya antara kita dan kambing yang hidup hanya untuk makan?
Zamri : Selamat hari
jadi!!!
Saya : Terima kasih
Zamri : Dah dapat ke
hadiah hari jadi dari yang tersayang?
Saya : Sudah.
Hadiah isteri aku tahun ni aku pijak-pijak lepas dapat.
Zamri : Isk!!
Kejamnya kau!
Saya : Apelak? Dia
hadiahkan aku kasut la!