Geromol
Sunday, February 17th, 2008Oleh kerana saya takut kehilangan peminat… maka anda boleh ke mari bagi mengubat kerinduan anda terhadap saya…
Oleh kerana saya takut kehilangan peminat… maka anda boleh ke mari bagi mengubat kerinduan anda terhadap saya…
Saya sedang berusaha untuk tidak menulis lagi di sini… adalah menjadi cita-cita saya untuk menulis tanpa memaparkan kekacakan saya… bukan niat saya untuk menyombong diri atau yang sewaktu dengannya…
Adalah sukar untuk menulis sekiranya wajah saya terpampang disebelah tulisan saya… misal kata jika saya ingin memaki seseorang sepastinya ayat tersebut akan menjadi terlalu berhati-hati hingga kadangkala kelihatan seperti sedang memuji-muji pula… sekadar contoh; najib adalah seorang yang kacak atau hajar sudah kurus…. diulangi! sekadar contoh… najib sememangnya kacak dan hajar sememangnya… errrr… berbalik pada topik asal…
Sekiranya masih ada yang ingin membaca karutan yang dinukilkan (fuhh!) maka hantar sahaja mesej melalui pelbagai medium telekomunikasi yang ada meminta address blog yang baru tersebut… jangan anda merapu pula seperti filem Main-main Cinta arahan mamak yang itu… kalau mamak jahil ingin saya nyatakan telegram sudah tidak wujud lagi di dunia ini… Paling mudah tulis saja pada komen di bawah…
Emel saya di onemagic81@hotmail.com jika mahu lebih afdal… ya! dot com sahaja bukan dot com dot my…. aduh! itupun mahu diajar… manja benar kamu ini!
Saya terpaksa mengakui bahawa saya ketagih untuk segelas teh tarik di pagi hari… Atas dasar ketagihan itu lah maka saya gagahkan jua ke restoran pelita yang jaraknya boleh membakar kalori-kalori di badan saya yang saya sayangi… setibanya saya di dalam saya terserempak dengan Dia…
Dia adalah rakan sepejabat saya yang baharu (perkataan ni pertama kali digunakan di blog ini)… oleh kerna sudah terpaku wajah saya di matanya maka saya pun menyapa dan duduk berhadapan dengannya…
"Kau jaga baik-baik… dalam ofis ni dah ramai kena tarbiah free dengan dia…" terngiang-ngiang kata-kata Faizal Puzi di kepala saya…
Sambil menunggu pesanan sampai maka saya berbual-bual dengan Dia.
"Amacam kerja? OK?" tanya saya penuh prihatin.
"Biasalah, baru nak bermula… banyak lagi yg aku kena belajar… lebih-lebih pulak bila dah lama duduk dalam kegelapan," kata Dia.
Kejadah pulak mamat sorang ni? tak bayar bil letrik ke duduk dalam kegelapan… tapi disebabkan mood pagi nan mulia saya yang perlahan maka saya sekadar mengiakan sahaja.
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Faizal Puzi, "Dia tu nampak macam show off! ntah la… susah nak cakap."
"Aku kena jumpa kaunselor di hospital petang ni," kata Dia.
"Kenapa pulak?"
"Aku nak minta khidmat nasihat dia, aku ni nampak saja sihat tapi dalaman tak berapa elok," sambung Dia.
Dari kisah berjumpa kaunselor melarat kepada berjumpa pakar jiwa dan makan ubat. Dari kisah itu terus termasuk kisah bagaimana boleh kenal dengan Ama… kembali pula ke kisah bagaimana dia mahu keluar dari kegelapan yang melanda dirinya itu…
Saya bertambah pening, roti canai tiba-tiba jadi masam. Ahh!! Dia dah mula dah… Saya mula mencari akal agar dia membuka cerita lain…
"Jam berapa ko sampai pagi tadi?" saya bertanya.
"Makin lama makin lambat aku sampai ke ofis… kalau tidak sebelum masuk aku ke masjid dulu tunaikan solat sunat…" kata Dia dengan wajah selamba dan dengan rasmi mengesahkan bahawa sayalah mangsa tarbiah seterusnya…
"Cuti esok ke mana?" Saya masih cuba mengalihkan tajuk perbualan.
"Esok aku nak ke rumah tunang aku kawin,"
"Huh! Tunang ko kawin lain pulak ke?" tanya saya terkejut.
"Ya, dia kawin dengan orang lain,"
Saya yang malas mahu mengungkit kisah silam dia lantas mengajaknya kembali ke pejabat…
"Pukul berapa balik hari ni?"
"Aku balik lepas maghrib… lepas sembahyang maghrib… maklumlah tak nak ragu-ragu pulak nanti… lewat-lewatkan sembahyang ni tak baik… memang lah tak masuk neraka tapi kalau lewat-lewatkan sembahyang… tu yang sebabkan masuk syurga nanti dilewat-lewatkan…"
Saya lantas mencapai pisau di meja mamak… saya tikam ke dada Dia bertubi-tubi… darah menyembur-nyembur membasahi lantai… kalau tak salah kira adalah 8 kali saya menikam Dia…