Archive for December, 2006

32 - Sukses

Wednesday, December 20th, 2006

-It is not about how much you can learn… but how much you are willing to learn-

Kata-kata di atas diucapkan oleh En Adam Zayadi di hari pertama saya menjejakkan kaki ke alam pekerjaan profesional pada tahun 2001… kini rakan-rakan di pejabat tersebut telah banyak yang mengikut haluan masing-masing… dua dari mereka telah bekerja di Ireland… bekas superior saya telah bekerja di satu tempat di Afrika… tempat beliau telah digantikan pula oleh senior saya yang kini menjadi salah seorang associate di syarikat itu… senior saya yang satu lagi telah membuka sebuah syarikat kontraktor landskap di Shah Alam…

Semua ini telah terjadi dalam masa 5 tahun sahaja… manusia nyata sekali berkembang mengikut peredaran masa… Semua mengejar apa yang dipanggil SUKSES…

Untuk melihat sukses… saya meletakkan diri saya di suatu sudut yang berbeza… sukses bukan sebuah piramid untuk kita daki hingga ke puncak… sukses adalah semangat yang hadir ketika kita bangun pagi… mendapatkan secawan kopi dan menikmatinya bersama insan yang tersayang… dan yang paling penting kita merasakan itulah dia kebahagiaan…

Persepsi yang berbeza adalah pasti bagi setiap manusia… manusia itu tidak sama… pandangan kamu juga mungkin berbeza…

Persepsi yang berbeza juga mendatangkan perdebatan di antara saya dan Lily samada boleh kita gelarkan mereka-mereka itu angkasawan atau pelancong angkasa? Jika sekadar naik ke orbit dan mencuba resepi teh tarik tanpa apa-apa kajiselidik yang lebih berguna maka mungkin kita telah membelanjakan sejumlah  yang besar bagi membiayai pelancongan 2 rakyat kita ke angkasa lepas…

Saya tidak membangkang… tidak juga mengiakan… cuma diharapkan dalam 10 tahun akan datang kita akan mampu menghasilkan angkasawan yang benar… kerana satu tapak yang pertama diharapkan akan membawa kepada seribu langkah yang seterusnya… Terus sukses!

31 - Baik

Monday, December 11th, 2006

Percaya atau tidak, kita adalah dikelilingi oleh orang orang yang baik… Kak Nor yang tinggal berdekatan rumah Ibu Mertua saya sering mengatakan anak-anaknya baik… Pantang anak yang sulung mendapat kerja baru buat kali ke-90 dia akan mencanang kebaikan dan kehebatan anaknya itu… ohh! tak silap saya Kak Nor masih membayar duit kereta Honda anaknya yang baik itu… Baik sungguh Kak Nor…

Tanyakan saja pada cucu-cucu mereka-mereka  yang menuntut ilmu kebal, ilmu ghaib, membela khadam dan lain-lain samada ilmu tuk mereka itu syirik… mereka akan bermati-matian mengatakan dulu zaman darurat jadi hukumnya pun darurat… tak tahu pula ustad murtad mana yang  ajar begitu…

Polis yang menjaga keamanan negara juga adalah orang-orang yang baik… untuk membuktikannya kita boleh bertanya kepada anak-anak polis  jika ada bapa mereka makan duit rasuah… Perut yang boroi itu atas faktor usia… bukan agenda lain…

Bertuah sungguh saya berada di dunia orang baik-baik ini….

 

30 - Bocor

Sunday, December 10th, 2006

Dapat soalan bocor… masuk periksa dapat A… dengan keputusan tu dapat masuk
Universiti… keluar Universiti dapat kerja… kerja hasil dari menipu dalam periksa tadi…
menipu tu haram… dapat pulak duit dari cara yang haram… bagi makan
anak bini duit yang haram… haram jadah sungguh!

29 - Elias

Thursday, December 7th, 2006

"Bukan senang kita nak jumpa orang yang sanggup terima baik buruk diri kita… susah senang hidup bersama… isteri bukan hak milik tapi anugerah…"

-Cikgu Elias-

Selama lebih seminggu cuba saya quote lafaz tersebut dan cuba membuat satu huraian peribadi terhadap baris-baris itu… ada yang telah ditaip… disimpan… dibaca dan dipadam kembali…. tapi tiada yang dapat saya persetujui bagi menghuraian maksud ayat ini… mungkin saya perlu lebih mendengar dan mengerti… melihat dan memahami…

Siapa kata menulis blog itu mudah?