Abang telah hampir setahun tinggal di Gunung Semanggol, Taiping…. dahulunya dia tinggal di Taman Medan PJ… mungkin kerana cuba ingin lari dari kebingitan kota selain dari cuba menampal poket yang kerap bocor di Kuala Lumpur maka dia berpindah ke sana….
Cuma baru-baru ini saja saya dapat melawat rumah barunya itu yang juga adalah rumah peninggalan arwah bapa mertuanya… ketika dia berpindah dahulu pun saya tidak turut serta kerana dihimpit kesibukan bekerja… ahhh!!! bukan kamu tak tahu… saya kan seorang yang selalu sibuk… kerja banyak tapi duit saja tak ramai…
Semasa saya masih muda (sekarang pun masih muda lagi)… Abang suka memberikan nasihat semacam berfalsafah… saya tak pasti jika itu memang sifat semulajadi dirinya atau dia pernah terbaca nasihat itu di mana-mana dan kemudiannya meluahkannya kepada kami adik beradik… tapi selalunya kata-kata abang keluar secara spontan… saya masih teringat kata-katanya bahawa bila sesuatu perkara itu ingin dilakukan ada tiga perkara yang penting… usaha… doa… tawakal…
Beberapa lampu downlight telah terbakar di opis saya beberapa hari ini… dengan hanya berdoa "Ya Tuhanku! keluarkanlah aku dari kegelapan ini!" tidak mungkin akan menyalakan lampu yang telah terpadam itu… melainkan kita berusaha pergi ke kedai lampu dan membeli bulb lampu yang baru dan bertawakallah agar lampu itu juga tidak akan terpadam… barulah opis ini akan kembali bercahaya… hahahaha!!!
jauh pula saya pergi…
Abang juga
menjadi perawi kepada falsafah arwah emak saya yang gemar bersenandung dan
berpantun… mungkin bakat menulis yang ada pada
emak
saya itu yang melekat padanya sehingga dia menjadi seorang penulis tegar…
saya? tidak! saya hanya menulis saja-saja…
Ini adalah
puisi yang Abang tulis buat anaknya pada Mei 1997 ketika anaknya berusia 2
tahun… salah sebuah kegemaran saya…
Pesan Buat
Mira
Terlalu banyak
yang diingini dalam hidup ini tetapi terlalu sedikit yang kita usahakan – itu
tidak bermakna sayang; tetapi sedikit yang kita inginkan, dan banyak pula usaha
yang kita rencanakan – itu lebih bererti.
Jangan lihat
apa yang orang lain ada; tetapi lihatlah apa yang kita ada; kemudian –
bergeraklah seadanya – semampu kita dan yang sepatut-patutnya. Tiada apa yang
hendak dikejar dalam hidup ini – hanya keredaan-Nya.
Remajamu nanti
– ah – dunia ini tentu lebih ruwet keadaannya. Hish – tak dapat ayah
membayangkannya – di gerbang abad kedua puluh satu ini pun telah bermacam-macam
berita yang ayah tonton di Buletin Utama – mampukah ayah menyediakanmu dengan
bekalan yang secukupnya sebagai santapan menempuhi muka.
Dewasamu nanti
Amira – rayauan di alam siber tentulah bukan lagi sesuatu yang aneh – namun
ingatlah pengembaraanmu di alam itu hanyalah sementara – kita ada pengembaraan
yang lebih hebat.
Amira –
Almarhum Nenek pernah berkata – pada zamannya dengan seringgit macam-macam yang
boleh dibelinya – zaman ayah – sepuluh ringgit – sejam pun sudah cukup lama
mengeram di saku – zamanmu …
Nenek juga
pernah berpesan – kentut bunga tahi – pesannya lagi kalau nak panjang,
kerat-keratkan – nak pendek, sambung-sambungkan. Dan, pernah katanya kepada ayah
lagi – kalau ditangkap buaya, ada tinggal kainnya. Pesan nenek, jangan Mira
lupa.
Begitulah
anakku, hidup ini semakin hari semakin menggelisahkan. Hanya ke jalan yang satu
– kita akan selamat. Ikutlah jalan yang satu itu.