Archive for October, 2006

20 - Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saturday, October 21st, 2006

Kini sudah hampir setahun Blog ini dibuat… walaupun jarang-jarang saya menekankan jari ke sini tapi kalau dikira-kira banyak juga yang dah diluahkan di sini… catatan pertama saya di blog ini saya tulis sejurus selepas kembali dari kampung pada hari raya tahun lepas…

Meniti kembali perjalanan itu… banyak yang telah berubah dari 365 hari yang lalu… kini saya telah hidup berdua bersama isteri tersayang… InsyaAllah pada Aidilfitri tahun mendatang kami akan bertiga pula… tanggungjawab makin berat dan mendewasakan keadaan…

Di hari raya yang bakal menjelang ini… terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya Najib kerana sudi menghantar emel ucapan hari raya walau berada jauh di Dublin, Ireland…

Sebelum saya berpergi-pergian (sungguh sastera saya) selama seminggu di kampung halaman…. Di kesempatan yang ada ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri saya… sekiranya ada salah dan silap maka terbukti bahawa saya cuma manusia biasa… dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh manusia biasa ini selain dari menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf…

SALAM AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN!

19 - Bagaimana dapat kusangkal lagi?

Tuesday, October 17th, 2006

Teramat lah setuju tiada yang tak setuju melainkan setuju belaka….

dapat dari Putera.com…

Bezitaantino3

18 - Kad… E-kad… SMS…

Wednesday, October 11th, 2006

Cuba kembali ke belakang kalendar yang lepas… di tahun di mana SMS dan emel serupa macam hang tuah berjumpa dengan set DVD player… begitu asing sekali… di waktu-waktu hari raya semakin dekat ini kad raya menjadi pengganti diri… siap ada lumba-lumba pulak sape dapat susun kad raya paling panjang dekat dinding rumah…

sayang sekali milenium yang terbaru ini boleh membuatkan tokey kad raya dan pos malaysia makan hati… ucapan hari raya boleh disampaikan dengan less cost, faster and efficient dengan adanya khidmat SMS dan Emel… maka makin kaya lah tokey syarikat telekomunikasi di hari raya ini…

ikhlasnya saya lebih gemarkan suasana konvensional yang dulu… bukan tak mengikut aliran zaman… tapi nilai sentimental value pada kad raya tu lebih enak untuk ditelan… sukar rasanya nak menyimpan ucapan-ucapan hari raya dari teman-teman yang menghantar ucapan menggunakan medium elektronik…

Buat teman-teman… saya masih mengalu-alukan ucapan hari raya dari anda (jika ada)… saya sedar saya masih popular di hati anda… hahahahaha…. cuma bagi yang menghantar SMS dan emel…. tak perlulah anda menghantar e-kad atau sms dengan ayat yang entah dari siapa yang mula menulisnya dan kemudian disebarkan dari satu nombor ke satu nombor… taiplah sendiri ucapan anda walaupun sebaris ayat dan tak berwarna-warni…. saya faham anda bukanlah celik komputer sangat atau rajin sampai nak create sebuah flash animation khas buat saya… cukup sekadar saya tahu ucapan itu datangnya khas dari hati turun ke jari… bukan hanya sebuah fotocopy….