Archive for March, 2006

15 - Roadtax dan minyak dan bodohnya kita

Friday, March 24th, 2006

Kerajaan pon nak buat serupa macam Akademi Fantasia dengan membuat kejutan demi kejutan. Kejutan yang terbaru adalah penurunan cukai ke atas cukai kereta import.

Harga kereta baru turun, harga kereta kebanyakan orang untuk trade in pun
TURUN. Jurang yang kena finance sama aje, hutang sama besar. APA ADA BEZA
?

Road tax turun dulu 200 ke 300 ringgit setahun. Minyak punya naik, bila
kira setahun untuk kereta saya saja, dah dekat 2000 ke 3000 ringgit. Bagus tak
?

Kadang2 saya rasa kita ni semua kena buat2 macam kita tak pernah pergi
sekolah. BUAT BODOH, TERIMA AJE. Takkan nak belajar dari orang Siam kut……

14 - Be proud of your parents for what they are and how much they do for you.

Thursday, March 16th, 2006

My friend email this story to me… It almost make me drop my tears… i repeat… ALMOST!

My mom only had one eye. I hated her… She
was such an embarrassment. She cooked for students & teachers to support the
family. There was this one day during elementary school where my mom came to say
hello to me. I was so embarrassed. How could she do this to me? I ignored her,
threw her a hateful look and ran out.

The next day at school one of my
classmates said, "EEEE, your mom only has one eye!" I wanted to bury myself. I
also wanted my mom to just disappear. So I confronted her that day and said, "
If you’re only gonna make me a laughing stock, why don’t you just die?!!!" My
mom did not respond…

I didn’t even stop to think for a second about
what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feelings. I
wanted out of that house, and have nothing to do with her. So I studied real
hard, got a chance to go to Singapore to study. Then, I got married. I
bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life, my
kids and the comforts. Then one day, my mother came to visit me. She hadn’t seen
me in years and she had not even met her grandchildren.

When she stood by
the door, my children laughed at her, and I yelled at her for coming over
uninvited. I screamed at her, "How dare you come to my house and scare my
children!" GET OUT OF HERE! NOW!!!" And to this, my mother quietly answered,
"Oh, I’m so sorry. I may have gotten the wrong address," and she disappeared out
of sight.

One day, a letter regarding a school reunion came to my house
in Singapore. So I lied to my wife that I was going on a business trip. After
the reunion, I went to the old shack just out of curiosity. My neighbors said

That she had died. I did not shed a single tear. They handed me a letter
that she had wanted me to have.

"My dearest son, I think of you all the
time. I’m sorry that I came to Singapore and scared your children. I was so glad
when I heard you were coming for the reunion. But I may not be able to even get
out of bed to see you.

I’m sorry that I was a constant embarrassment to
you when you were growing up. You see……… When you were very little, you
got into an accident, and lost your eye. As a mother, I couldn’t stand watching
you having to grow up with one eye. So I gave you mine. I was so proud of my son
that was seeing a whole new world for me, in my place, with that
eye.

With my love to you,

Your mum

(How that boy must have
felt and repented is anybody’s guess. Physical beauty no matter how great is so
temporary, but inner beauty never fades. Be proud of your parents for what they
are and how much they do for you. They may not be there tomorrow when you wake
up and realise their worth)

13 - Download videos from Google, Youtube, iFilm, Putfile, Metacafe, DailyMotion

Thursday, March 16th, 2006

Laman web tu semua nya best-best tapi ada video yang depa tak bagi donlod. Well, where there’s a will there’s a way.

12 - Suratkhabar kita yang bengong

Tuesday, March 14th, 2006

Siti profesional… Bagi Siti kerjaya dan gosip tidak perlu
dicampuradukkan. Gosip itu adalah sebahagian asam garam kehidupan artis.

- Petikan suratkabar utusan malaysia 15 mac 06 - klik sini

Kau ni dah mabuk ke Siti??? Sekejap kau kata ko Pro… Kerjaya dan gosip tak leh campur… pastu kata gosip tu asam garam artis… bodo ke hapa? artis tu bukan kerjaya ko ke? Punyala bangang budak SPM cukup makan ni keluar statement…

Tapi bukan la Siti Nurhaliza pulak yang aku nak hantam kali ni… aku hantam dia kaw kaw lain kali jer la.. nanti tunang aku buat mogok tak nak jumpa aku pon susah jugak… tapi aku nak hantam suratkhabar prima dekat negara kita yang tercinta ni… Dah tak ada cerita lain ke yang nak disiarkan kat muka depan… ada ke hal artis nak kawin… hal artis nak bercerai pi letak kat muka depan suratkhabar… benda-benda macam tu letak kat majalah Hi ngan mangga sesuai la… takkan nak letak kat suratkhabar arus perdana yang sepatutnya merangsang daya fikir masyarakat… bukan dengan cerita-cerita picisan macam tu…

Dua tiga menjak yang lepas kita digegarkan dengan berita Bigfoot… sampaikan ke Pak menteri pon sibuk nak bagi statement… dah macam baca majalah mastika lak aku rasa suratkabar kita ni… yang tololnya jangan katakan bigfoot… taik pon orang kita tak jumpa…

Lagi satu kecenderungan suratkhabar arus perdana kita hari ni… mereka ada satu trend pulak sekarang ni kalau ada apa-apa kes yang melibatkan kematian mesti nak dikaitkan benda-benda pelik… contoh ayat yang boleh dibagi macam ni:

- Mangsa walaubagaimanapun tidak menunjukan sikap yang pelik sebelum meninggal dunia.
- Adik Nurain sebelum hilang beria-ia hendak mencium wajah kedua ibu dan bapanya.
- Zulhilmi kelihatan murung sehari sebelum kemalangan.

what the hell is this??? tugas wartawan adalah untuk melaporkan kejadian yang berlaku ketika kemalangan dan memberi maklumat yang berkaitan… bukannya mengaitkan dengan perkara-perkara mistik pulak… anak buah aku cium muka mak dia tiap kali pergi sekolah pon masih hidup hingga hari ini…. kadang-kadang dia murung, sedih tapi ada masanya dia tetiba gembira sepanjang hari tapi aku tak rasa pulak itu satu petanda dia dah nak mati… perkara-perkara tu berlaku secara normal dalam kehidupan kita sehari-hari… apekejadahnya nak dikaitkan dengan kes kematian pulak…

Suratkhabar seharusnya menjadi suratkhabar… suratkabar telah memainkan peranan yang penting suatu masa dulu dalam usaha memerdekakan negara… penulis-penulis tersohor dan pejuang bahasa ibunda kita semuanya lahir dari orang suratkhabar… jangan cemarkan kedaulatan media perdana kita dengan cerita-cerita sampah… dan yang paling penting fikirkan Di mana maruah suratkhabar arus perdana kita????

11 - Komen dialu-alukan

Tuesday, March 14th, 2006

Duhai rakan-rakan pembaca Matrix Blog yang budiman… anda adalah dialu-alukan untuk memberikan komen di atas apa yang yang anda baca… mungkin ada yang anda benar dan saya salah… no hard feeling… kalau tak pon boleh juga kita berkongsi pandangan sekiranya anda ada idea yang lain pula tentang tajuk yang anda baca….

SO…. JANGAN SEGAN UNTUK MENG’KLIK’ BUTANG COMMENT….

10 - Pembaca kita dalam LRT

Tuesday, March 14th, 2006

Tiap kali aku melangkah masuk ke LRT sejak 3 tahun yang lepas aku gemar melihat kepada telatah manusia di dalam gerabak itu… antara kegiatan yg suka aku buat adalah menonton bahan bacaan orang ramai dalam menunggu tiba ke destinasi…

Adalah sungguh mendukacitakan… peratusan org melayu yang membaca memang ramai…. walaupun tak boleh mengalahkan bilangan mereka yang membuta tapi jumlahnya boleh dibanggakan dan diulangi JUMLAH yang boleh dibanggakan… sayangnya bukan kuantiti yang nak dilihat di sini tapi kualiti… kebanyakkan makcik-makcik dan kakak-kakak lebih gemar dihayun oleh mimpi dari tulisan Alhadiat Akasyah, Lyana Alfira Malik dan lain-lain lagilah penulis-penulis novel chenta yg tersohor di malaysia ni… maaf jika tersalah eja nama2 mereka… dan maaf juga jika tulisan ini kelihatan memandang rendah karya mereka… tapi mmg sukar nak melihat org kita membaca bahan-bahan sebagaimana yg dibaca oleh org lain…

Setakat ni dalam TIGA tahun… belum lagi aku terjumpa mereka-mereka itu membaca buku-buku ilmiah sebagai contoh:
1. Jutawan dari Planet Jupiter(Azizi ALi)
2. Membina Imaginasi Cemerlang(HM tuah)
3. 10 kriteria mendidik anak(fadzilah kamsah)
4. Evolution deceit  (Harun Yahya)
5. Rich Dad Poor Dad (Robert Kiyosaki) dan lain-lain.

Nasib baik juga ada kakak-kakak yang penah kujumpa baca buku keagamaan dan surah-surah pilihan… Tak tahu la pulak aku kalau2 aku tak bernasib baik dan tak sempat nak terserempak dengan umat melayu yg membaca buku-buku tersebut… org yang aku pernah jumpa baca buku "Runtuhnya Teori Darwinisme" adalah seorang dan dia adalah bernama Mazuan… ehem! ehem!…

Baru semalam dalam perjalanan ke bangsar ada seorang perempuan india yang sedang bermain Sudoku sambil duduk di dalam tren… sebelah kanan tangannya memegang buku Sudoku dan tangan kiri memegang pensel… dan aku terus terfikir "why our people can’t do that?" lalu terus memaksa aku untuk mengadap blog ini sekali lagi di hari ini… bukanlah niat aku nak menimbulkan sebuah polemik dalam menilai apa yang patut dan apa yang tak patut dibaca oleh orang ramai dalam negara demokrasi tercinta ini… akan tetapi kita sudah seharusnya memikirkan bahan-bahan baru yang boleh dijadikan resepi bagi makanan fikiran kita… lepaskan diri dari belenggu angan-angan kosong… manusia masih boleh bercinta mahupun tanpa buku cinta… masih terlalu banyak misteri di dunia ini yang perlu diungkai dan semuanya tersirat di dalam buku-buku ilmiah yang menanti untuk kita membongkarnya…

Politik dan percaturan dunia hari ini begitu menakutkan… Ekonomi kita dicengkam… agama kita dipijak-pijak… ilmu bukan sekadar di sekolah… ilmu berada di mana-mana dan semuanya terletak di tangan kita….

9 - Bush Blair Endless Love

Monday, March 13th, 2006

BushblairAkhirnya aku dapat jugak cari video Bush Blair Endless Love yang keluar kat TV3 masa ada ura-ura Dr. M dicalonkan untuk anugerah Nobel Keamanan… kalau nak tengok kene ada Quicktime player… kalau tak; tak boleh nak play… kalau ada masalah mendownload sila msg aku di frenster…

Bush Blair Endless Love

8 - Harga minyak naik dengan bangangnya…

Wednesday, March 1st, 2006
Cukai pintu … naik
Petrol/ Diesel … naik
Tol …. naik
air … naik
elektrik … confirm naik
tambang bas sekolah ….. naik
harga barang2 …. naik
 
no new project …..
retail sales down ……
companies closing down ….
 
inflation … up
unemployment …. up
retrenchment ….. up
crime …. up
corruption …. up
 
thank you BN ….. thank you Pak Lah …. you
guys do a great job for our Malaysia …. well done! bravo!

Paper yg keluarkan comparison table on harga minyak kita dgn negara asean lain, untuk justify kenaikan minyak adalah… lower than ulat sampah!

Aku marah sebab everytime naik minyak, stupid reason diberi. Apa ingat kita rakyat ni takda akal ke? tak berpelajaran ke?

nak bagi alasan pun bagi lah yg kukuh. Kalau nak guna duit tu utk development public transport tunjukkan kepada semua, make it transparent ke mana duit tu pegi. Bagi Public Account Committee ( Datuk Shahrir) monitor.

Yg aku nampak sekrang duit tu untuk bailout MAS(RM2billion.. cek dlm paper) Entah mcmana MAS dimanage pun aku tak faham. Masa MAS mula declare losses tu, MD dia Datuk Ahmad Fuad Dahalan. Kenapa Datuk Fuad saja yg resign ? Apa functiion BOD selama ni? Dok diam je, let Datuk Fuad be the fall guy?? Yg duduk dalam BOD bukannya calang2 org, Chairman dia siapa? tapi hopeless!! I have since lost my respect to Datuk MM. He is now lower than ulat sampah.. The BOD people pun sepatutnya resign!

Can u imagine, a national airline, govt appointed BOD, nobody seems to be doing anything bila MAS mula tunjukkan tanda2 losses.. Where is the check and balance.. Takde org from Khazanah or MOF Inc monitor keje BOD ni ke?

MRR2!! Menara MITI!! PERWAJA !! duit minyak ni mesti akan pegi sedikit kat these 3 project. If i still remember correctly Maju holding ada plan nak lepaskan perwaja, sebab it is still incurring losses. MRR2 and Menara MITI, u all know la…sick people were handling this project. Thats why hampeh!!!

Itu belum consider MINDEF punya projek lagi… Dah lama kita tak dengar berita pasal projek MINDEF yg terbengkalai… Ingat lagi pasal projek kem tentera kat johor?? Kapal Peronda Amin Shah? MINDEF ni kalau dikorek, masyallah..busuk, tungkik! lebih busuk dari JKR!! MOE, nak bina balik makmal komputer yg runtuh, sekolah terbengkalai ????

Proton… Kalau macam ni la gaya, minyak dok naik je, might as well tutup je proton. since minyak dah naik, at least benarkanlah kami utk merasa menaiki kereta murah yg berkualiti… Semua tau dah, ikut kan honda, toyota, nissan tu semua boleh jual lebih murah dari proton dan save lebih minyak dari enjin campro tu..

Aku heran kenapa Petronas can be managed so well, the best people are put in there tapi Proton tak boleh dibuat perkara yg sama… Kenapa Petronas habiskan duit utk R&D enjin sendiri(EO1) tak bring in proton sekali into the venture… soalan ni sampai skrang tak berjawab…

Penjualan MV Agusta, aku ada komen dulu, kenapa Mahaleel beli MV Agusta.. betul tekaan aku. Dia beli kerana Agusta ada teknologi untuk develop engine kecil 1300cc below.. Mahaleel was planning to develop Agusta enjin for use utk Model Savvy. Dan juga kilang2 Agusta akan jadi launchpad Proton utk pasarkan kereta ke mainland Europe..

Baru skrg nak complain pasal rambutan kita di eksport dan di tinkan as Made in Singapore Laici?? … tebal sungguh muka org yg complain kat tv pasal benda ni… this is a norm in the trading business.. Apparently, the Singaporean yg buat kerja ni, happens to be a smart person… hasil bumi org lain, buatkan dia kaya..

Does anybody realise tak , betapa kayanya Malaysia dgn human capitalnya + natural resourcesnya, tapi kita ended up screwing ourselves..our economy is 6 times bigger than Singapore. Just imagine Singapore yg takde apa2 tu boleh maju jauh kedepan dari kita.

Ada sesiapa baca cerita pasal the guy yg strategisekan hala tuju ekonomi singapura for almost 30 years… cek paper star or NST on sabtu atau ahad lepas…

We have 20 million people, and we cant find outstanding people to manage our economy?? 

We put all the wrong people to manage our wealth and our country. Why not, as rakyat now, we exercise our right collectively and extend an offer to dear Mr. Lee Kuan Yew and PAP to take control of the government… Why not? Can anyone name projek gajah putih PAP di Singapura..

Kita asyik condemn mereka, racist, degil, tamak… but we fail to see the good side of them!!

Look at them.. they say Mr Lee is ruthless, yes/maybe, but look at his country… prosperous??

Cuba pikir balik kenapa minyak kita naik.. kalau kita korek dalam2, jawapannya, corruption!! Itu lah jawapannya, undoubtedly…..   baru ada 1 casino!!!

Malaysia - Negara Islam, org yg manage country, Islam, agama rasmi Islam! senarai projek2 terbengkalai kerana corruption… listkan lah sendiri

Singapore - negara bukan islam, di control bukan islam, agama rasmi bukan islam, senarai projek2 terbengkalai kerana corruption… aku tak pernah dengar lagi!! ada sesiapa pernah dengar, silalah reply!!

PLUS untung bersih.. repeat.. untung bersih RM 1 billion………

Aku tgh menunggu berita tol nak naik!! rasanya last year tol ada naik sbb alasan minyak naik!! HAHAHAHA

Berbalik kepada, kenapa minyak naik? Jawapan aku, kerana kerajaan islam Malaysia kita ni,  yang majoritinya diterajui oleh org islam, penuh dengan pegawai2 majoritinya Islam yang korup. Selagi tiada alasan kukuh lain ttg kenaikan minyak, itulah alasan yg paling kukuh yg aku percaya anda semua berbuih mulut berbahas dengan semua org yg anda jumpa.

Aku berharap sangat luahan aku ni dibaca org atasan UMNO.. rasalah pedasnye.. sebab itulah hakikatnya, corruption, and we claim ourselves Muslim, bearer of a great religion..

We are Muslims.. and we screw ourselves!! LOL !!!