Archive for February, 2006

7 - Karikatur Rasulullah SAW satu penghinaan

Thursday, February 9th, 2006

Sepatutnya dah lama aku menulis BLOG tentang hal ini… tapi
banyak masa yang terluang dicuri oleh beban kerja yang makin banyak walaupun
nilai gaji rasa makin sikit… sebenarnya karikatur ni aku dah pernah tengok
sekitar akhir tahun lepas dalam bulan november… baru sekarang ni saja hal ini
jadi satu isu sejagat selepas akhbar-akhbar di eropah mengulang tayang
karikatur itu sekali lagi beberapa bulan selepas Denmark Laknatullah
memulakannya…

Patutla aku rasa macam pernah tengok aje karikatur tu… masa tu rasa panas
membuak-buak jugak… kira sekarang ni rasa lagi marah lagi la sebab presiden
Denmark menyokong pulak perbuatan tu atas dasar kebebasan akhbar dan freedom to
speak… Bush Laktullah pon bagi sokongan jugak…aku kira presiden denmark ni bersama
konco-konconya yang bahalul tu perlu didatangkan ke Malaysia secara aman…
kita bagi layanan yang secukupnya… lepas tu kita letakkan mereka dekat
tengah-tengah Dataran Merdeka dan suruh rakyat Malaysia maki, carut, farkyiew
dia ramai-ramai… pastu baru bagi dia komen pasal freedom of speech…

Sungguh kasar bunyinya… tapi sebagai masyarakat bertamadun… takkan kita pon
nak buat begitu… beberapa org kawan pernah keluarkan cadangan untuk org islam
pulak keluarkan karikatur jesus dalam bentuk yang sama… aku sama sekali tak
bersetuju… pada aku perbuatan Jyland Posten menyiarkan karikatur tu adalah
perbuatan bodoh, bangang dan bebal… tak payah la kita pon ikut sama kebebalan
itu…

 Apa yang kita boleh buat adalah memboikot barangan yang
dibuat di denmark… cara untuk kenal adalah seperti baca bar code Negara bermula
dengan no 57… atau pun baca saja tulisan Made in Debmark… campak la jauh-jauh…
barang paling poular keluaran Denmark ni adalah Permainan Lego…

Sesungguhnya kejadian ini ada hikmahnya… ini menunjukkan
umat Islam juga boleh bersatu dan itu baru usaha memboikot saja… belum lagi
Jihat Fisabillilah….

Note: Kenapa

Malaysia

tak nak boikot barang

Denmark

secara rasmi???