6 - “Sekam Cinta” pengindoktrinan yang menakutkan
Thursday, January 19th, 2006Sejak awal menonton iklan drama Sekam cinta di TV3 aku dah
mengagak hasil dari cerita sebegini… lebih-lebih lagi keluarnya cerita ni
betul-betul setelah keluar berita tentang kematian Dr. Azhari pakar Bom yang
terbunuh di Indonesia…
Bukan lah aku orang nya untuk berbicara soal filem… aku tak punya pengetahuan
dalam subjek film critism atau yang sewaktu dengannya…
Yang menarik perhatian aku untuk menulis tentang drama ini adalah tanggapan
yang berjaya diterapkan oleh drama ini ke minda penonton khasnya penonton
muda… dengan keghairahan menonton lakonan aktor Zamarul Hisyam dan
Lisdawati@Nisdawati@apa-apalah… kita telah disogok dengan sebegitu jelas
sekali bahawa JIHAD itu JAHAT… gambaran salah itu terpampang tanpa segan silu
sehinggakan adik ipar aku boleh kata "Zamarul jadi jahat ni semua pasal
Jihad la ni!!!"
Bukan la aku ni seorang penyokong terorisme cuma aku dah bosan dengan pemikiran
orang seni atau kalau layak dipanggil artis kepada golongan berserban… tak
pernah lagi keluar dalam mana-mana pawagam atau kaca tv orang yang memakai
serban tu tidak berfikiran jumud yakni sempit…
Perbezaan cara hidup…. Itu lah yang menjadikan golongan
artis ini mencipta satu jurang di antara mereka dan golongan agama…. Walau bukan
semua tapi bilangan mereka yang ada ini sememangnya anti dengan golongan yang
lagi satu… bagi mereka apa yang mereka buat semuanya haram bagi golongan agama…
falsafah popular yang dipegang dek mereka… biar pakaian seksi yang penting hati
tu baik…
Berbalik pada drama Sekam Cinta tadi… mmg tujuan drama ini
diadakan adalah baik… Cuma diharapkan kita tak keterlaluan dihanyutkan oleh
mesej-mesej keamanan walhal saudara-saudara kita nun jauh di sana diperkosa
kehormatannya, dibunuh tanpa usul periksa dan pelbagai lagi kekejaman yang
dilakukan oleh musuh-musuh agama sedangkan kita cuma berdiri di sini melaungkan
slogan-slogan PEACE dan AMAN yang tidak membawa kesan apa-apa… maka benarlah
sabda nabi… mungkin benar kita telah ditimpa penyakit “wahan”… suatu penyakit yang
ditanam senyap-senyap ke dada oleh musuh-musuh kita disebalik mesej keamanan…
itu lah penyakit CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI… Tika dan waktu itu perkataan
jihad tak lebih dari Kata Kerja yang sungguh menakutkan lantaran kita kini hidup
dalam kesenangan…
Bagi penonton drama Sekam Cinta… Tepuk dada tanya iman…