Geromol
February 17th, 2008 by matrix01Oleh kerana saya takut kehilangan peminat… maka anda boleh ke mari bagi mengubat kerinduan anda terhadap saya…
Oleh kerana saya takut kehilangan peminat… maka anda boleh ke mari bagi mengubat kerinduan anda terhadap saya…
Saya sedang berusaha untuk tidak menulis lagi di sini… adalah menjadi cita-cita saya untuk menulis tanpa memaparkan kekacakan saya… bukan niat saya untuk menyombong diri atau yang sewaktu dengannya…
Adalah sukar untuk menulis sekiranya wajah saya terpampang disebelah tulisan saya… misal kata jika saya ingin memaki seseorang sepastinya ayat tersebut akan menjadi terlalu berhati-hati hingga kadangkala kelihatan seperti sedang memuji-muji pula… sekadar contoh; najib adalah seorang yang kacak atau hajar sudah kurus…. diulangi! sekadar contoh… najib sememangnya kacak dan hajar sememangnya… errrr… berbalik pada topik asal…
Sekiranya masih ada yang ingin membaca karutan yang dinukilkan (fuhh!) maka hantar sahaja mesej melalui pelbagai medium telekomunikasi yang ada meminta address blog yang baru tersebut… jangan anda merapu pula seperti filem Main-main Cinta arahan mamak yang itu… kalau mamak jahil ingin saya nyatakan telegram sudah tidak wujud lagi di dunia ini… Paling mudah tulis saja pada komen di bawah…
Emel saya di onemagic81@hotmail.com jika mahu lebih afdal… ya! dot com sahaja bukan dot com dot my…. aduh! itupun mahu diajar… manja benar kamu ini!
Saya terpaksa mengakui bahawa saya ketagih untuk segelas teh tarik di pagi hari… Atas dasar ketagihan itu lah maka saya gagahkan jua ke restoran pelita yang jaraknya boleh membakar kalori-kalori di badan saya yang saya sayangi… setibanya saya di dalam saya terserempak dengan Dia…
Dia adalah rakan sepejabat saya yang baharu (perkataan ni pertama kali digunakan di blog ini)… oleh kerna sudah terpaku wajah saya di matanya maka saya pun menyapa dan duduk berhadapan dengannya…
"Kau jaga baik-baik… dalam ofis ni dah ramai kena tarbiah free dengan dia…" terngiang-ngiang kata-kata Faizal Puzi di kepala saya…
Sambil menunggu pesanan sampai maka saya berbual-bual dengan Dia.
"Amacam kerja? OK?" tanya saya penuh prihatin.
"Biasalah, baru nak bermula… banyak lagi yg aku kena belajar… lebih-lebih pulak bila dah lama duduk dalam kegelapan," kata Dia.
Kejadah pulak mamat sorang ni? tak bayar bil letrik ke duduk dalam kegelapan… tapi disebabkan mood pagi nan mulia saya yang perlahan maka saya sekadar mengiakan sahaja.
Terngiang-ngiang lagi kata-kata Faizal Puzi, "Dia tu nampak macam show off! ntah la… susah nak cakap."
"Aku kena jumpa kaunselor di hospital petang ni," kata Dia.
"Kenapa pulak?"
"Aku nak minta khidmat nasihat dia, aku ni nampak saja sihat tapi dalaman tak berapa elok," sambung Dia.
Dari kisah berjumpa kaunselor melarat kepada berjumpa pakar jiwa dan makan ubat. Dari kisah itu terus termasuk kisah bagaimana boleh kenal dengan Ama… kembali pula ke kisah bagaimana dia mahu keluar dari kegelapan yang melanda dirinya itu…
Saya bertambah pening, roti canai tiba-tiba jadi masam. Ahh!! Dia dah mula dah… Saya mula mencari akal agar dia membuka cerita lain…
"Jam berapa ko sampai pagi tadi?" saya bertanya.
"Makin lama makin lambat aku sampai ke ofis… kalau tidak sebelum masuk aku ke masjid dulu tunaikan solat sunat…" kata Dia dengan wajah selamba dan dengan rasmi mengesahkan bahawa sayalah mangsa tarbiah seterusnya…
"Cuti esok ke mana?" Saya masih cuba mengalihkan tajuk perbualan.
"Esok aku nak ke rumah tunang aku kawin,"
"Huh! Tunang ko kawin lain pulak ke?" tanya saya terkejut.
"Ya, dia kawin dengan orang lain,"
Saya yang malas mahu mengungkit kisah silam dia lantas mengajaknya kembali ke pejabat…
"Pukul berapa balik hari ni?"
"Aku balik lepas maghrib… lepas sembahyang maghrib… maklumlah tak nak ragu-ragu pulak nanti… lewat-lewatkan sembahyang ni tak baik… memang lah tak masuk neraka tapi kalau lewat-lewatkan sembahyang… tu yang sebabkan masuk syurga nanti dilewat-lewatkan…"
Saya lantas mencapai pisau di meja mamak… saya tikam ke dada Dia bertubi-tubi… darah menyembur-nyembur membasahi lantai… kalau tak salah kira adalah 8 kali saya menikam Dia…
Kerja yang ada terpaksa di bawa balik ke rumah untuk disiapkan… malas pula nak berembun di ofis hingga ke pagi… menjelang jam 2 pagi baru kerja-kerja dapat disiapkan… Pintu diketuk… Ohh… sahabat karib saya dengan mata terpisat-pisat memegang adam yang sedang tersengih lebar persis kerang yang dibeli di pasar… huh!! tak mahu tidur lagi mamat ni walau jam melangkau ke angka 2 pagi…
Disebabkan adam tidak akan tidur selagi tidak didodoi maka saya membawa adam ke depan tv… baik menonton tv sambil meriba adam dari cuba tidur dan cuba untuk tidak risau adam akan mengemas rumah dan tanpa sengaja mencederakan dirinya sendiri…
Di kaca tv hans issac dan ella sedang bertepuk tampar dalam cereka filem Hanya Kawan… Aduh! bosan benar cerita ini… apa tidak ada kisah lain lagi yang boleh dijadikan filem?? berpusing-pusing kembali begitu juga cerita melayu…
Terlihat pada adam yang kini terlingkar di riba… ohhh… akhirnya dia tidur juga… saya lalu mengangkatnya menuju ke peraduan adam di bilik… Tetiba! Adam membuka matanya kembali dan terus bergelak ketawa seperti dia masih terjaga sepanjang masa… Argghhh!!! mata sudah mengantuk tapi nampak gayanya saya masih belum boleh tidur… sahabat karib saya; saya kira beliau sudah tiba di England berdasarkan lenanya itu…
Lalu saya bawa Adam ke depan tv kembali menyambung kembali lakonan Hans Issac dan Ella itu… itu sahaja lah yang terbaik buat masa ini selain dari menonton rancangan masakan… Adam kembali ke ribaan sambil mata ke kaca tv…
Hans Issac dan jojie sedang makan di mcdonald… ahhh… saya kenal McD ini… letaknya di jalan telawi berdekatan tempat kerja saya sekarang…
Saya melihat Adam sekali… dia terlena kembali… Gila bosan benar cerita ini!!! sampai adam pun boleh tertidur dua kali!!
Saya: En. Manap, saya nak minta tandatangan En. Manap untuk payment ni.
En. Manap: Owh! nasib baik saya baru nak ambik air sembahyang
Saya: Air Sembahyang? Sembahyang subuh ape jam 11 pagi ni?
En. Manap: Ape pulak Sembahyang Subuh? Sembahyang Sunat Dhuha la! Tu pun tak tahu? patutla kamu begitu.
Saya: (Aiseh! Jahilnya aku)
Demikianlah dialog selepas kejadian pengeboman pangkalan komunis pada minggu lepas di pejabat ini.
Dato: Tear of the sun?? Tolong nyanyi sikit…
Dato2: errr… itu boleh dibaiki lagi
En Manap: U tak boleh guna perkataan bumi non bumi mazuan!
En Ad: Terima kasih Mazuan! Terima kasih!
En Adam: Berani gile ko ni!
Nasa: Terima kasih lah… caya la ko
Faizal: Woi! ko nak kene ISA ke???
Faizal2: Silakan En. Pemberontak…
Faizal3: Ada budak tu baru buat 2 BQ… terus hantar emel ke management tak puas ati…
Hajar Saripah: Saya budak baik… saya takde nak hantar emel2 camtu…
Hajar Saripah2: Mana Ade!!!! saya tak cakap camtu la!!!
Azwa: …….
Kak Amy: Macam mana u boleh ada kekuatan nak hantar emel tu?
Kanu: Wahh!!! betul ka ini mazuan kasi tulis… English ada baik la…
Syaz: Dasat gile siottttt!!! patut la mintak CD scorpion aku…
Siti Hajar: Takde la kasar sangat ayat tu… kira berlapik ape…
Pn Noriah: Kalau u ingat semua melayu sokong u… u silap!
Pn Noriah2: Tapi i sokong u…
Pn Asma: U memang berani… so? dah dapat surat atas meja?
Pn Asma2: Klip warna itam tu dah habis… belum order…
Saya telah meng’emel’kan surat tidak puas hati saya kepada pihak berkuasa. Nasib yang bakal diterima tidak diketahui lagi.
Dear All,
Bill of Quantities and Final Account Preparation Programme for January 2008 have been circulated to all staff and directors of PNFL. From the BQ Programme we already can imagine on the potential for PNFL economic growth along the 2008 path. However, there is always a room for improvement.
In view of that, we may start from the BQ Programme which has been received by all of us. PNFL consist of 70% of Malay QS/QSA and 30% of Non-Malay QS/QSA not including the site staff and directors. Unfortunately, in my opinion the manpower on the preparation of the BQ has not been fully utilized by the company although the needs of manpower are highly needed. From the Programme we can see that the Malay staff has been 100% fully utilized for the BQ but only three (3) people out of ten (10) Non-Malay staff are involved in the BQ preparation. Beside, some of the Malay QS/QSA has been assigned with two (2) or three (3) numbers of BQ.
I wonder if they have a quality time to spend with their family during non-office hour as the load of work for BQ is so high. I do understand due to high cost of living therefore the need to make extra money is unavoidable. However, live is not all about money and luxury. Family is the utmost important thing in our live. If the family institution breaks therefore it will also affect the productivity of work at the office.
Working at the office late night and non stop from Monday to Sunday and soon to the next week can also affect the health of the staff. Some of the staff even sleepy during office hour as they have to stay late until the morning for several days. The risk of making mistake is very high at this stage. We need to bear in mind that a single mistake can caused a bad reputation to PNFL name.
I am not saying that we should stop doing the BQ. Preparation of BQ is the heart of every consultant QS firm. "No BQ" can be summarized as "no JOB". We should be thankful as we have a lot of BQ to work with. But the work force need to be fully utilized to ensure the BQ produced is highly reliable and finish on time.
In my opinion, the other Non-Malay QS/QSA also needs to be given an opportunity to do the BQ and share the same work load as all other QSA/QSA. If the main reason for not involving them in the preparation of BQ caused by Final Account, the reason is not concrete enough as the other QS/QSA are also doing the same plus with the other work. Furthermore, I do not think that the Final Account will be done at home or during late night at the office as we does with the BQ as the crucially and urgency is not the same.
PNFL already move forward into the international level of construction industry. There is no racial or discrimination shall be allowed to ensure that we step into the international level not as a Malay or Chinese or Indian but as a MALAYSIAN.
In view of the above, I hope we will share the same work load, vision and mission. Together we move forward to continuously provide reliable, technically excellent and value for money quantity surveying and cost consultancy services to our client.
As what being said in the Scorpions song:
CAUSE WE ALL LIVE UNDER SAME SUN, WE ALL WALK UNDER THE SAME MOON YEAHHH!!! BUT WHY? TELL ME WHY?? CANT WE DO THE BQ AS ONE!!
Thank you.
Selamat Tahun Baru buat semua kenalan… semuga kita akan jadi lebih baik pada tahun ini pada semua segi dari tahun-tahun lalu yang telah meninggalkan kita…
Azam tahun 2008
1. Beli rumah Sendiri
2. Setelkan semua hutang
3. Kurangkan audio
4. Lebihkan visual
5. Menghensemkan diri
6. Cari Video Chua Soi lek… Opsss!!
Saya amat faham jika budak-budak yang baru setahun dua bersunat begitu beria-ria dengan telefon bimbit baru yang serba canggih…tapi jika yang terkinja-kinja itu adalah yang sudah mencapai taraf datuk (datuk ini marhumnya datuk bercucu) maka saya berasa amat malu sekali…
Saya cukup sedar budaya menukar telefon bimbit kamu saban hari yang tidak mahu kalah itu adalah hak kamu… tetapi mencabul kehormatan telinga saya dengan melacurkan telefon bimbit canggih kamu yang pelbagai rupa itu amat saya tidak senangi… almaklum saya cuma memakai jenama cokia yang murah lagi tidak canggih rupanya… itu pun dibeli setelah telefon bimbit bertivi hitam putih saya yang lalu lebur dicuri orang… saya sangat sayangkan telefon itu… banyak nostalgianya… mahal pula ketika saya membeli opsss…. terlajak ke situ pula…
Mudah kata… halakan sahaja telefon kamu itu ke saku jika tidak berdering atau bukan kamu yang ingin membuat panggilan… ohhh… lupa saya telefon bimbit kamu yang mahal serba canggih itu sering pula habis kredit panggilannya…